Sekolah
Kebangsaan Kampung Johan Setia pada asalnya sebuah sekolah rakyat
telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sekolah ini ditubuhkan sebelum
negara mencapai kemerdekaan dan ia telah diberi nama sebagai Sekolah
Kebangsaan Ladang Highlands yang dikendali dan ditadbir oleh penduduk
Ladang Hingland sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah rakyat. Ia
terletak di tepi Jalan Langat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Klang.
Bahan asal bangunan ini diperbuat daripada papan, berukuran 10x14 meter.
Ia mempunyai keluasannya sebanyak ¼ ekar yang ditadbir oleh pihak
Ladang Highlands. Pada
1 Januari 1954, pentadbiran sekolah Sekolah Kebangsaan Ladang Hinghland
telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Semenjak diambil alih
oleh Kementerian Pendidikan, ia telah diterajui oleh En. Abbas Bin
Tamsir yang juga merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini. Sekolah
ini telah dinaikkan taraf hingga ke darjah enam. Penyelenggaraan
bangunan dan kawasan sekolah ini banyak dibantu oleh pihak Ladang
Highlands. Pada 4 Jun 1990, sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru
iaitu di Kampung Johan Setia dan telah dipimpin oleh Guru Besar baru,
En. Hassan Bin Ibot selama tiga tahun.Ketika dibawah kepimpinan En
Hassan Bin Ibot, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sk Kampung Johan
Setia. Keluasan sekolah ini pada ketika itu lebih kurang 40 ekar.
En.Hassan Bin Ibot telah dibantu oleh Guru Kanan En.Narayan Singh serta
dua orang guru tetap dan empat orang guru sandaran. Jumlah murid ketika
itu lebih kurang 130 orang murid. Lagu rasmi sekolah telah dicipta oleh
En. Jamaludin Bin Abd Rahim manakala lencana sekolah dicipta oleh
En.Mohd Noh Bin Abdullah.
No comments:
Post a Comment