Blogger templates

Pages

Sunday 21 April 2013

Pertandingan Bola Baling MSSD Klang 2013

Keputusan penuh pertandingan bola baling MSSD Klang 2013

skjs 2 vs sk sg udang 4 (L)

tiada rezeki lagi tahun ini untuk pasukan bola baling skjs apabila terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-4 kepada sk sg udang di peringkat suku akhir. Namun begitu kemengan sk sg udang ke atas skjs bukan mudah kerana skjs memberikan saingan yang sengit dengan tempo permainan yang pantas dan serangan yang bertali arus.Walaubagaimanapun permainan semalam telah membuka mata semua sekolah daerah klang bahawa skjs bukan lagi pasukan belasahan dan kita akan berusaha di masa hadapan bagi menjadi johan bola baling daerah klang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pada tahun 2008 skjs telah mara ke final namun tewas di tangan sk sg udang begitu juga pasukan perempuan pada tahun lepas berjaya mendapat tempat ketiga juga akur kepada kehebatan sk sg udang.











tahniah dan syabas kepada semua pemain bola baling skjs yang telah membawa nama sekolah ke peringkat lebih tinggi. terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang terdiri daripada cikgu Mohd Paris, cikgu norashidah,cikgu noraisah,cikgu syahruniza dan ustaz ashrofuddin yang tidak pernah kenal erti penat dalam melatih pasukan bola baling skjs.

No comments:

Post a Comment