Monday, 29 April 2013
Cerita Sang Kancil dan Buaya
Sunday, 28 April 2013
" APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH "
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis karena..........
Friday, 26 April 2013
Destinasi Pelancongan
Perlis
Padang Besar
.
Pekan
yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan tempat
pertemuan warga Thailand dan Malaysia. Ramai warga Malaysia yang
berkunjung ke Thailand untuk membeli-belah, berniaga atau bercuti
melalui pekan ini dan begitu juga sebaliknya. Stesen keretapi di sini
menpunyai platform yang panjang yang dijaga oleh pihak berkuasa Malaysia
di satu hujung dan pihak berkuasa Thailand di hujung yang satu lagi.
Selain dari pusat pemeriksaan Kastam dan beberapa papan tanda di sini,
amat susah untuk membezakan di mana sebenarnya sempadan tersebut kerana
kedua-dua negara mempunyai budaya yang hampir sama.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIq5O6YuBr-vBIQ_EOvusYQxQawCMSRoEP4Imbn8UeAjz_mVjMo1n0sUOC4dPS7Q9LsFe7dxd2Op0XkDbJYSubI0SCbgPunkxsDiysRpxvrlemG6ekqZbuFKjHi-Gffoqfg65Uxxl_3Ar6/s400/padang_besar1.jpg)
.
Berjalan
melewati stesen dan landasan keretapi ini akan membawa anda ke Pekan
Siam iaitu 'syurga' bagi mereka suka tawar menawar harga barangan. Pekan
ini dipenuhi barangan seperti kain, hasil kraftangan, makanan,
buah-buahan dan pelbagai cenderahati. Jangan hairan sekiranya penduduk
tempatan memanggil Padang Besar 'Padang Besaq' kerana ini adalah
mengikut loghat tempatan mereka.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHM7H_x-R7LNMCtJmknAJMfERKxaOKyideQ6lqUmp6xl_yn7Zc3I0UFPU5-U9iRbN9cqeou9bk0iEnyPrOanM4JVyFcCZB5GTLcPkOvmEjUJ_z9Td0fcR1Lm0JkXg3Wi10lqoIFEeT7YLf/s400/padang_besar2.jpg)
.
Cara
termudah untuk ke Padang Besar ialah dengan menaiki keretapi malam KTM
iaitu Ekspres Langkawi dari stesen Sentral di Kuala Lumpur. Ekspress
Langkawi bertolak setiap hari kira-kira jam 8 malam menuju ke Padang
Besar dan perjalanan memakan masa selama lebih-kurang 10 jam. Batu Pahat
dan Kangar yang terletak hanya 10km dari sini menawarkan hotel bertaraf
2 dan 3-bintang.
.
.Gua Kelam
.
Salah
satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran
370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua
Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgErcjNbU1JolPkHHNE7ABIO1yUDJ6OE0u1EIL3j-oFFOa1kBYJ7N5p8x1SVkpD8Pyt5qNl8MkGddNz3S7AksI7vKzf4qGeMkSH6RUSUl0j1jcWNCPt8b7ciO59ffQKdBgcgGpmSSHnnvF0/s400/perlis_gua_kelam_recreational_park2.jpg)
Satu-satunya
jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang
tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan
Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang
warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang
baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai
ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan
asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu
yang diterangi cahaya lampu.
.
.
Anda masih
boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda
berjalan di dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di
bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari
bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidhWXCivKVZ9a83YnAH9oIMjHJlOdfn5nZBfj9S8LTr2A2WELiqhHcAt56HtRwFgoywrta_8N_GULdXXAQjkWli-aXXeyWhOrNZTBT-lnNBxWskzx4xTmQIEEGL7IctM-NQ5sDLIH3nrXr/s400/;;;.jpg)
Bunyi
yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang
terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman
purba sebagai tempat tinggal. Pelawat disarankan untuk mendapatkan
khidmat pemandu pelancong untuk memasuki gua ini.
Naiki
bas yang menuju ke Kaki Bukit dari stesen bas utama di Kangar. Kemudian
anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit sebelum tiba di hadapan
pintu gua.
..
Taman Ular dan Reptilia
.
Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis. Taman Ular dan Reptilia ini merupakan sebuah pusat kejiselidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesis ular serta buaya dan biawak.
Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis. Taman Ular dan Reptilia ini merupakan sebuah pusat kejiselidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesis ular serta buaya dan biawak.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigbrn6-Bpgp0Ua7mtd1WwtscqB5Zd-mujE76hei2DxT7w6piUUx7LzrxW15YHplhWmdOxzfrcuQipXfGQlHjrxporCY5G4ry-jlqOPQgI0lYoBmWFIq-hSIQK1yeZ6_EI4van4SlF9lBi8/s400/18402476.jpg)
.
Selangor
Zoo Negara
.
Zoo
Negara mempunyai pelbagai koleksi haiwan, dan dibuka pertama kali
kepada orang ramai pada 1963. Zoo Negara dibuka secara rasminya oleh
Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada 14 November,
1963. Pada waktu itu, bayaran masuk ialah 50 sen untuk orang dewasa dan
20 sen untuk kanak-kanak.
.
Antara
tarikan di zoo tersebut termasuk Akuarium Negara yang dibuka pada 1972.
Pada 1984 ia diberi nama sebagai Akuarium Tunku Abdul Rahman. Selain
itu terdapat rumah burung, rumah reptilia, pusat monyet, laluan Savannah
serta banyak lagi. Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu.
Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif pada malam
hari.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjywvKO0h-_DOwpNI1oNjkXjhyqBZ53-vlhJ0fkXfSo3A-YL_SGpK5Q9JV9PNCsdWRWZMkeQxp5lmV1a4-kB5BTeo_Ti0g_mHkt_P5mbL2wEOJulgImtxJcXlAN2ptvH_e4PYw2fRi0eQtS/s400/2221937196_f66c99a84e_o.jpg)
Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara merangkumi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk bersiar-siar di sekitar zoo, atau anda boleh juga menaiki tren dan menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini!
.
Waktu
pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam (
hujung minggu dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran). Ambil LRT
dan turun di stesyen Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.
.
.
Institut Kajian Hutan Malaysia [FRIM]
.
.
FRIM
menawarkan pengalaman kembali-ke-alam-semulajadi dan peninggalan
penempatan Orang Asli. Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi
hutan simpan ini menambahkan lagi suasana tenang di landskap yang kaya
ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil8VooGMDxL1tX1tL21pwV0OWr-5trXA51FHPx4-MueqOhTTowWBe86ZBVwawHqcgOMBZDFUnWRnAY7GG9kfw1ZYzWI4BdQiBwt5RWQcSoeqKhdGGC2Bh7PvHeTtw6GWDdDZYj634g98QZ/s400/ytytry.bmp)
Terdapat empat laluan trek hutan : Jejak Keruing, Jejak Rover, Jejak Engkabang dan Jejak Salleh yang kesemuanya membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.
Titian Kanopi yang terletak 30m dari aras tanah menawarkan sudut pandangan yang hebat untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika.
Mereka yang minat mencuba titian kanopi ini harus mengaturnya terlebih dahulu kerana jumlah pelawat yang dibenarkan berjalan di titian kanopi ini setiap hari adalah terhad kepada 250 orang sahaja. Di FRIM, kemudahan perkhemahan disediakan untuk mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDLBvjikj5mLgUcxVVVT7UFAvERzWhpxLYuraaRei6QtFYLe6pZhwbBRuBByJuRpvKHZn-bMXye7BaFdSAP8S-_Rp3zpmvSYMcKPWtx1g0W6jkDUDgkZsrR1IEz79kFRcPz1FN-QGVZf6T/s400/pg70.gif)
FRIM
terletak di Lebuhraya Selayang-Kepong kira-kira 16km ke barat-laut
Kuala Lumpur. Pelawat boleh berkhemah di sini setelah memperolehi
kebenaran dari Pejabat FRIM. Terdapat juga bilik untuk disewa di
perkarangan FRIM.
Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam adalah salah sebuah bangunan yang paling mengagumkan di negara ini. Bangunan yang dikenali juga sebagai 'Masjid Biru' ini mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid ini, mereka dapat melihat kubah birunya yang besar.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam adalah salah sebuah bangunan yang paling mengagumkan di negara ini. Bangunan yang dikenali juga sebagai 'Masjid Biru' ini mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid ini, mereka dapat melihat kubah birunya yang besar.
Bahagian
bibir kubah serta ruang dewan sembahanyang utama dipenuh hiasan seni
kaligrafi Islam manakala seni bina ruang dalaman pula mempamerkan
ciri-ciri rekabentuk etnik Melayu. Cahaya matahari yang memancar masuk
menerusi tingkap kaca masjid yang berwarna biru memandikan ruang dalam
masjid dengan warna kebiruan yang menenangkan.
.
Di
luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian Islam iaitu sebuah taman yang
menarik dengan landskap indah sebuah syurga yang diilhamkan dari
Al-Quran. Kawasannya merangkumi keluasan 14 hektar dan mengandungi
sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan koleksi hasil kesenian
Islam seperti hasil seni khat, ukiran, lukisan dan seni bina.
Kadangkala, pertunjukan kesenian Islam juga diadakan di sini. Kubah
besar yang berwarna biru yang membawa gelaran 'Masjid Biru' diperbuat
daripada aluminium!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMMj9CHrWutivO5aK8ZUDYTKCZOGm0fq5kvOObUlb9UgH_ZBCYiWuIXP7J1yLndg3qcvTDZV1DAeB480__G1I_k6Ks3fyJKSRVwYoFpuUR-a224t4ZiLGT7W3lpAfE_JvpKgcrfTOMatut/s400/2110780374_8dc73e1bec.jpg)
Gunakan
perkhidmatan keretapi Komuter yang kerap berulang-alik dari KL ke
stesen Shah Alam. Dari situ, naiki teksi untuk perjalanan singkat ke
Masjid Biru yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah oleh penduduk tempatan. Bandar Shah Alam mempunyai beberapa buah
hotel bertaraf 3 hingga 5-bintang. Destinasi ini terletak hanya 40 minit
perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur di mana terdapat pelbagai
pilihan tempat penginapan.
Litar Lumba Antarabangsa Sepang
Memandangkan
minat dunia yang semakin mendalam di dalam sukan bermotor, Malaysia
kini mempunyai sebuah litar Formula 1 yang mencabar yang terletak
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlMF-Jv_BSZyPLiYtq9yHr5pZECNwT8Tp_cRjIcVQsbtXKiVM2O11Y2dD1YSWjyH6Y4Yw4KOwtuZoLzk04t7VSWPG5lg9jESPRoqJ9uvPN8Qs1vUWat7ZIhr4bibf1a-vl6Hn1lp-JiVCf/s400/sepang_F1.jpg)
.
Dari
Kuala Lumpur (KL), gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke
Persimpangan KLIA. Perjalanan dari KL ke Litar Lumba F1 Sepang memakan
masa lebih-kurang 45 minit. Selepas anda membayar tol, ambil susur
keluar yang pertama di sebelah kiri jalan. Anda akan melihat sebuah
masjid di sebelah kiri anda. Anda akan tiba di sebuah bulatan di mana
anda perlu mengambil jalan terus di hadapan. Kemudian anda akan melepasi
sebuah set lampu trafik. Belok ke susur keluar yang pertama di sebelah
kiri selepas lampu trafik tersebut (kira-kira 8km selepas lampu trafik
tersebut). Dari situ, anda akan nampak banyak papan-papan tanda yang
menunjukkan jalan ke arah litar lumba ini.
.![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsIU1iAxOy3gKY45LPcRu0IKnkSk81hPtP9Krq2XTza_R5AJ1KjWHPhS7BtaB7ExrbiKa1zZMJFkKIDt1YDmTy60AHya74cwN6MNrb0ezcUqF3KlhO2-vLlmSi75GrbKjzalOYqIfgyC-m/s400/hhhh.bmp)
Dari
Stesen Sentral Kuala Lumpur, naiki keretapi Komuter menuju ke Nilai
atau keretapi ERL (Express Rail Link) menuju ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Nilai dan KLIA, anda boleh
menaiki teksi atau Sepang Omnibus untuk pergi ke litar ini iaitu 10
minit perjalanan dari KLIA.
Kuala Lumpur - pengkalan anda untuk destinasi ini - menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan dari asraman pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang. Hotel Pan Pacific KLIA terletak hanya 10 minit dari litar lumba ini.
Kuala Lumpur
Tugu Negara
.
Di
perkarangan Tugu Negara tersergam sebuah arca tugu peringatan gangsa
yang terbesar di dunia. Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de
Weldon iaitu seorang pereka terkenal yang juga telah mencipta tugu
peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang askar yang membentuk
tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama
penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan bagi memperingati jasa mereka yang
terlibat (dan terkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu
Darudat di Malaya. Tugu ini terletak di lokasi yang tenteram, di
kelilingi dengan kolam air pancut yang dihiasi arca bunga teratai yang
diperbuat dari pewter.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-DW1GtJj2KBSrNSyODVgzniEEVgjrxKtABEixDJrz92Lrr6_E1BvlVihsWP7eG56lfh0Iu2LitapGU_kZGPqntMitqTrtYXTzd6DFYuuAO-_WmPNVhnXUcah0OEVa3qvatJGmoO_nPXuh/s400/tugu%2520negara.jpg)
Bersebelahan
Tugu Negara terletak Taman ASEAN dan Memorial Tun Razak di mana
tersimpannya barang-barang peninggalan Perdana Menteri Malaysia yang
kedua iaitu allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Tugu Negara paling
sesuai dilawati di sebelah petang kerana tugu tersebut terletak di
kawasan terbuka. Pelawat juga disyorkan melawat Taman Tasik Perdana yang
berdekatan. Tugu Negara terletak bersebelahan Taman Tasik Perdana di
Jalan Parlimen.Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat
penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga ke hotel mewah
bertaraf 5-bintang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNQZhT_A77JVZfJryQjKrqFjBqv-clTRiU0VBQqrbBXOWTcMiKslw-RNjJQjmPY3jzwNrkM3RZv36AnJWrAieU4IqUW0TtisuQMO-hKgRcwlKc6I1RsVo-auPa1Hc26aJB21jwDeob77qX/s400/tugu_negara_cenotaph01.jpg)
Pusat Perfileman Finas
.
Galeri
filem unik ini menceritakan kisah perkembangan industri perfileman
negara dari 1930-an hingga ke hari ini. Galeri yang dibuka pada 2007 ini
memberi penghormatan kepada aktivis filem sejak kegemilangan Studio
Jalan Ampas, Studio Jalan Katong dan Studio Merdeka. Antara barangan
yang dipamerkan termasuk majalah filem lama, peralatan membuat filem
selain filem menunjukkan perkembangan industri filem di Malaysia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdPpKiOyA4pBAK6XEKu6vU9Bda46d8897PSuirYST-C4RS7PEzLha0y4nvveBhjKCXyDKjAGs33rNh292HCjlqE5gbpbmg0ArXq6NwaENeFPxYpgfcGAbLPCZMqnazs7o8dfQcTsPmS3OE/s400/GALERI-1.jpg)
Terdapat juga pusat sumber dan teater mini yang menayangkan filem klasik Melayu.
Marilah ke galeri perfileman ini untuk menyaksikan perkembangan dunia perfileman yang menarik! Waktu pembukaan: Selasa - Ahad, 9 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma
Menara Kuala Lumpur
Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal.
Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibukota Kuala Lumpur. Dari sini, landskap ibukota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan-kawasan hijau boleh dilihat secara keseluruhan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu1QofVeIPU9Wmonl0Kzhgvv_eBtcykLkHFynD3rBrs2j2CNZdFkYc3lu3EaEvjxLErnSTzTomxDrX4cfF-boKL_cIMx8TDKxXtC8L9vOgCc8-p69nDQSTrvcQPnP90cgA0Ve5jiBp5H5W/s400/menara_kuala_lumpur.jpg)
Hutan
Lipur Bukit Nanas yang terletak di kaki Menara KL merupakan salah
sebuah 'kawasan hijau' ibukota KL. Kawasan hutan hujan tua yang kecil
ini menawarkan laluan-laluan siar bagi pejalan kaki dan tumbuhan serta
haiwan yang hanya terdapat di Malaysia. Di sini, anda pasti terpegun
dengan kehadiran rama-rama beraneka warna, serangga, tupai, burung
eksotik dan juga monyet di dalam habitat semulajadi mereka - semuanya di
tengah-tengah bandar berhampiran kesibukan jalanraya!
.
Antara
tarikan terbaru di Menara KL dan Bukit Nanas ialah aktiviti sukan lasak
terjun 'bungee' yang dinamakan 'The G-Force'. Pengalaman anda akan
dirakamkan dan diberikan kepada anda sebagai kenang-kenangan - Bukan
untuk mereka yang lemah semangat! Di bahagian atas Menara KL terdapat
restoran berputar Seri Angkasa di mana anda boleh menjamu selera dengan
hidangan bufet sambil menikmati pemandangan 360 darjah kaki langit
ibukota KL.
.
Menara
KL terletak agak jauh di atas bukit. Jika anda tidak gemar berjalan
kaki dalam cuaca panas, anda disarankan menaiki teksi untuk ke sini.
Persembahan muzik tradisional dan kontemporari sering diadakan di sini
dan pastikan anda berhubung dengan pusat maklumat Menara untuk
mengetahui jadual acara terkini sebelum anda pergi ke sana.
Cara
paling mudah untuk ke Hutan Lipur Bukit Nanas ialah dengan menaiki
perkhidmatan pengangkutan KL Monorail atau PUTRA LRT. Stesen terdekat
bagi laluan PUTRA LRT ialah stesen Dang Wangi. Anda juga boleh
menggunakan perkhidmatan KL Monorail dan turun di stesen Bukit Nanas.
Dari situ, anda hanya perlu menaiki teksi atau berjalan kaki hingga
sampai ke Jalan Sultan Ismail dan belok ke kanan di Jalan P. Ramlee, dan
kemudian belok ke kanan sekali lagi untuk menaiki bukit. Pintu masuk
Menara KL terletak di sebelah kiri anda.
.
.Menara Berkembar Petronas KLCC
.
Menara
Berkembar Petronas, bangunan 88-tingkat yang juga dikenali sebagai KLCC
merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Menara kebanggaan
Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar ini
mengandungi kompleks pejabat, dewan konvensyen, sebuah taman yang luas
dan kompleks membeli-belah.
.
Seni
bina menara berkembar ini direka oleh arkitek Amerika yang berasal dari
Argentina iaitu Cesar Pelli yang mendapat ilham rekaan dari corak
geometrik yang sering digunakan di dalam senibina Islam. Taman KLCC
merupakan sebuah taman yang luas dengan landskap yang direka indah
terhampar di sebelah menara senibina yang unggul ini. Tarikan-tarikan
lain yang terdapat berdekatan termasuk kompleks membeli-belah Suria
KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Sains Petronas, Galeri Seni
Petronas, Aquaria Oceanarium dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih0LaUi194866JH3vg7EP9wbqULIyYt9AAksplskFiCq-CUMn40nmXyBdmdqUWfCpfGcGEaK_xDD12ZYgmIR__cxvVP_uFIKOglOV3_8T09hDPhjSaYdvPLu3Xtz08Hc9ussx9Sd8Jbg9c/s400/31178884_fa6195af6e.jpg)
Jangan ketinggalan melawat jambatan udara (skybridge) yang dibuka kepada pelawat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari hari Selasa hingga Ahad (ditutup pada hari Isnin). Menara Berkembar Petronas terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Hotel Mandarin Oriental dan The Ascott juga terletak berhampiran dengan menara ini. Stesen KLCC dihubungkan oleh laluan keretapi PUTRA LRT.
Negeri Sembilan
Homestay Kampung Pelegong
.
Anda
berpeluang ke kampung Melayu tradisional menerusi program Homestay
Kampung Pelegong di Negeri Sembilan. Berkongsi juga keramahan dan
kemesraan tuan rumah anda dan menjadi salah seorang ahli keluarga mereka
sambil mengambil bahagian di dalam aktiviti harian mereka. Mulakan
pengalaman tulen hidup di kampung. Kedengaran bunyi ayam berkokok
menyambut hari baru diwaktu subuh, nikmati udara segar yang nyaman dan
bersedialah untuk mengalami saat-saat indah sepanjang lawatan anda di
sini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidCiLaPWshpAuNrLIOZOjSXDTOBx0ELJmQFpl59ceCtFbdo0uJaXRtogmTjKPsKJByPuWGCdioNS8fXrH7Z4bZhodRdsdHvZN4RS-n301RwYT-YHkn5ylF2AFbbLLmJWKI-s_CmAhrDckC/s400/untitled.bmp)
Kumpul sendiri telur dari reban ayam, belajar menoreh getah, nikmati air yang sejuk nyaman ketika mandi di sungai sebelum cuba memancing ikan atau menbuat kuih tradisional.
Pengalaman-pengalaman
yang menanti anda di sini juga akan memberikan anda kefahaman mengenai
asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri
kecil daya usaha penduduk kampung yang rajin serta kehalusan barangan
yang dihasilkan mereka. Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adul
penganyam tikar, juga lelaki dan wanita yang pakar menghasilkan
kraftangan yang cantik-cantik belaka.
Jika anda gemarkan aktiviti luar, anda pasti suka berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal berhampiran serta sungai jernih dan air terjun yang ada di situ.
Kemudian pulang ke perkampungan ini untuk menikmati urutan tradisional, lelaki mahupun wanita, bagi menghilangkan penat lelah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeX5fbhxY56V8jC3gWvbFJl2Nt-_Ll1-eImqPnZY1m-YDXReLH-LkoL_BTi7WmeVflhXh9ss452LQv7oBV67wpsbA2xGx5-eq4KSdJieBsczg-UmwVjTH6KfJdynGwOUkQl6YBqg7fZFtD/s400/sendbinary.jpg)
Cara
terbaik untuk menggunakan sepenuhnya masa anda di homestay ini ialah
dengan mempelajari beberapa patah perkataan dialek mereka. Kampong
Pelegong dihubungi dengan rangkaian jalanraya yang baik. Kampung ini
mudah dikunjungi di mana hanya 15 km dari bandar Seremban, 30 km dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan 55 km dari ibunegara,
Kuala Lumpur. Dalam program homestay, anda akan menginap di rumah
'keluarga angkat' anda yang merupakan sebuah rumah kampung biasa.
.
.
Jeram Gading
Landskap
indah hutan hujan tropika, sungai dan air terjun, berlatarbelakangkan
gunung dan bukit di sebelah timur serta pantai berpasir putih di sebelah
barat menggambarkan bentuk mukabumi Negeri Sembilan. Topografi negeri
ini agak berbukit kerana kedudukannya di hujung Banjaran Titiwangsa yang
mengunjur dari utara Semenanjung Malaysia. Beberapa kawasan rekreasi
telah dikenalpasti di sini termasuk yang paling utama - Taman Negara.
Nama
tempat ini dipercayai berasal dari kehadiran sekumpulan gajah di
kawasan ini - perkataan 'gading' itu merujuk kepada gading gajah.
Tarikan utama di Jeram Gading ialah air terjunnya yang mengalir menerusi
pokok-pokok dan bongkah batu telah menghasilkan fenomena indah di kaki
air terjun sebelum mengalir ketakungan air yang tenang.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_CM5j9tL7EFg-dZo0_avfGlJBAwc2v-tSDdw91Sq7B7JIKXSam-fvlxvH7GebkTW5wLSfW_zwU6xw_xCL73-whqYx_umPnUxun9CyXCWwMRkBv2tNrVwNIVzK452vT07kHAo143VlO03b/s400/gading2.jpg)
Walaupun
kawasan ini tidak sesuai untuk aktiviti berkayak namun ianya merupakan
tempat yang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Bermandi-manda
dengan ahli keluarga anda di dalam air yang jernih dan sejuk serta
nikmati bunyi air sungai yang sungguh menenangkan. Jeram Gading terletak
23 km dari Kuala Klawang di dalam daerah Kenaboi. Jika anda memandu
kereta ke sini, anda dapat melihat dusun buah-buahan di kiri-kanan jalan
yang dimiliki oleh penduduk kampung berdekatan. Kini Seremban menjadi
sebuah bandar satelit bagi ibukota Kuala Lumpur. Pelbagai jenis tempat
penginapan ditawarkan di sini dari asrama pengembara yang ringkas hingga
hotel mewah bertaraf 5-bintang
.
.
Muzium Tentera Darat
Muzium
ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Merit Kategori Pelancongan
Terbaik (Tarikan Warisan) Anugerah Pelancongan Tahun 2005/2006 oleh
Tourism Malaysia. Saksikan persembahan audio visual 'Pepper Ghost' yang
pertama seumpamanya di Malaysia dan rasai pengalaman di dalam suasana
malam di pelabuhan Kota Melaka serta terowong bawah tanah Parti Komunis
Malaya. Waktu Lawatan : Rabu - Ahad (10.00 pagi - 5.00 petang). Ditutup
pada hari Isnin dan Selasa.
.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikak8H79-FaGFB5iHvydqJa7J8jetuSTNtH_G5mxN_i3yGD8DAJqhpfDc0ztetQaEAl2ISeana7sr769AwIHN2c4NDg43QRp6GdEHRcJwNd3rR93YsxdlpZWS2biFFqitjhZWajN2Howdw/s400/test.jpg)
Anda
boleh menaiki bas dari stesen bas Terminal Satu Seremban menuju ke
bandar Port Dickson, kemudian menaiki sebuah bas tempatan di mana
pemandu boleh menurunkan anda di muzium tersebut. Perkhidmatan teksi
juga boleh didapati dari pusat bandar. Terdapat beberapa buah calet di
tepi pantai dan juga hotel yang agak mewah di bandar Port Dickson.
Melaka
.
Taman Mini Malaysia
.
Taman
Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di pinggir bandar Melaka
berdekatan pekan Ayer Keroh. Sekiranya anda berminat dengan senibina dan
cara hidup tradisional, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda
terokai. Setiap buah rumah di sini mewakilkan salah satu gaya senibina
dari 13 buah negeri di Malaysia dan 12 buah rumah ASEAN yang dihiasi
dengan pelbagai barangan, hasil seni dan kraftangan yang menggambarkan
budaya di setiap negeri tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgM7yG7y8TLRoD80J59I1or8NFHo5Lb9Q8JmoJSyeH1eRhjJ9uynO5TeMJeauaLZzi2vlC-SrGVHuw8slrtAiLrskUU4D18WUeIsONzgQES1Mj8UJ4x3IaJUQkZYpLl3RvdIGFDfQsDbnTP/s400/17541498.jpg)
Di
dalam setiap buah rumah di sini, anda akan dapat melihat pelbagai seni
kraftangan tulen yang berasal dari negeri atau daerah berkenaan.
Rumah-rumah tradisional yang dibina dengan tiang kayu ini turut
mempamerkan patung yang memakai baju Melayu tradisional gaya khusus bagi
negeri berkenaan. Lain-lain tarikan di taman ini termasuk pertunjukan
kebudayaan dan permainan tradisional yang diadakan pada setiap minggu.
Taman ini juga menawarkan kemudahan untuk pakej seminar dan mesyuarat
dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kemudahan calet dan dormitori
dengan kemudahan kolam renang juga disediakan untuk keselesaan
pelancong. Aktiviti kerja berpasukan dan bengkel tarian asas juga boleh
diadakan di sini.
.
Secara
ringkas, taman ini memberi peluang kepada pelawat untuk melihat kesemua
senibina dan warisan Malaysia dalam satu lawatan sahaja. Taman ini juga
adalah tempat yang sesuai untuk berehat yang jauh dari kesibukan
bandaraya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjIFbCHfmTWOasZJhPE9x2BHEqbklkY0tDHqewuPKhrXKzLhlkWnfSdujJAaAaCwyhZgFc1BIk7POZunMufyNNF67Xci7AoHkJQxJTCXBOLZCbUy7p5Ih03WPgPgwqmxinzQWhataOOf6c/s400/17541578.jpg)
Untuk menjimatkan wang dan masa, anda disarankan melawat taman ini di dalam perjalanan menuju ke bandaraya Melaka atau sewaktu pulang. Ambil susur keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan Ayer Keroh. Pandu terus hingga anda melihat papan tanda Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN.Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN ini juga menawarkan kemudahan penginapan calet yang berkonsepkan senibina dari pelbagai negara dengan kadar harga yang berpatutan.
.
.
Bukit St. Paul
.
Pihak
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara
pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai
yang dinamakan A'Famosa.
Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.
Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoRqgqncfrFD7kQMEfHCP72uwUbWEf_-8Sqb6uaRjKrNPCmiwgSc_uhgeXlr5a9yM27cOx1uVrZjYFETJ__WGEnmJT8zHrzOgp7mAxPERZp6miLQ676J5McnjMQzpVBLAzI6QPYpY2hXJf/s400/71691258_YNUPwDVw.jpg)
Perkarangan
kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan,
istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah
gereja.
Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.
Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.
.
Pergilah
berjalan-jalan mendaki Bukit St. Paul selepas pukul 3 petang ketika
cuaca lebih nyaman dan bersiar-siar di bawah pokok-pokok besar dan
melihat peninggalan sejarah yang dapat dilihat hingga hari ini. Dapat
anda bayangkan kegemilangan dan penderitaan yang melanda pihak Portugis
di sini pada suatu waktu dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKtL5FXBu8cDhyphenhyphenGjv6X5XPIuW8xlupQZAzaQm-_LVFnu58n9GSqk1_yJ6e_yFaRSi_Mvup4bYPl_S2Aau32tN-ftNKwQgRsQ98L0KzwvYtHGaEL-Iog3WrApOu90PZeEeDuU_YGTeHOFmn/s400/157673368exEiOk_fs.jpg)
Tidak
menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari
tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
Melaka menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan samada asrama
pengembara yang ringkas atau hotel mewah bertaraf 5-bintang.
The Stadhuys
.
Bangunan
Stadhuys yang di bina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor
Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya senibina
Belanda ketika itu.
Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3k1s8zg4evD5atLXdVLqAXzEhmZWa75fHnq5IPMB6frml4Qqc7ckNgHcgiyufIp_PSm0djS2wsysQf1vP_ZS6ovWgN2TPueU2BEcotORx83YHDRrMDkaDVO1Za9qUJlF7aHW4cAVwe1ZF/s400/sss.bmp)
Bangunan
yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu kini
mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran
pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400
tahun yang lalu. Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan
penerangan terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan
bahan-bahan peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxHhcqz9yZ4K9W0eJGObNVRaq5oViSmP2R_-jEXHSbBk9Vt2o6FOHfzq9yQMNfnDYQZxAPOT7vbO_L9-__yMwIVHggN4yZbrnKRj32PLLcEruIPROUY2ax-2M3T4YIQrAx_mb38kOxFMCD/s400/stadhuys.jpg)
Di dataran berhadapan dengan bangunan Stadhuys seringkali kelihatan penarik-penarik beca tua yang peramah yang sedang menunggu pelanggan dengan beca mereka yang dihias cantik. Anda berpeluang mengambil gambar bersama-sama beca mereka dengan sedikit bayaran. Stadhuys ditutup setiap hari Isnin. Stadhuys terletak di tengah-tengah bandar lama Melaka. Jika anda berada di Jalan Kota, anda tentu terjumpa bangunan besar yang berwarna merah ini.Melaka menawarkan pilihan berbagai-bagai jenis tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga hotel mewah bertaraf 5-bintang.
Johor
Pulau Rawa
.
Pulau
Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya
yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu
karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang
lain. Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet
kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana
semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai
destinasi percutian yang aman dan mempesona.
.
Lautan
di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di
pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang
percutian anda ke sini di luar musim hujan. Dari pusat bandar Johor
Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung
perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari
Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam
(Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya
ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan
Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke
Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti
Mersing.
.
Rawa
Safaris' mempunyai 63 buah calet dan banglo serta sebuah restoran dan
pub. Le Club Rawa mempunyai pantai persendirian dan beberapa buah calet
yang terlindung di pinggir hutan berhadapan laut yang membiru.
.
.
Taman Negara Tanjung Piai
.
Tanjung
Piai merupakan kawasan semulajadi yang dilindungi di mana bumi, laut,
tumbuhan dan haiwan wujud dalam harmoni, tanpa gangguan manusia. Taman
ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesis unggas dan hidupan
paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera
pemangsa ketam. Terletak 90 km ke selatan pusat bandar Johor Bahru,
Tanjung Piai juga merupakan Taman Negara yang membolehkan para pelawat
memerhati hidupan liar di paya bakau di dalam habitat semulajadinya.
Bayaran masuk adalah RM3.00 bagi warga Malaysia dan RM5.00 bagi pelancong asing. Bayaran masuk boleh dibayar di kompleks pelawat Tanjung Piai. Laluan-laluan khas telah dibina melalui hutan paya bakau ini agar pelawat boleh menikmati pemandangan paya bakau dengan selesa. Taman yang aman tenteram ini juga telah menjadi salah sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak beberapa tahun yang lalu. Taman ini terletak di hujung benua Asia yang paling ke selatan.
Dari
Kuala Lumpur, masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) menuju selatan ke
Machap. Ambil susur keluar Simpang Renggam (Persimpangan 247) ke
lebuhraya yang menghala ke Tanjung Piai menerusi Benut-Pontian-Kukup
(Lebuhraya 96, Lebuhraya 5, Lebuhraya 95). Sampai sahaja di Kukup, ikut
arahan papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai
Taman
ini telah mejadi sebuah destinasi perkhemahan yang popular sejak
beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda tidak gemar berkhemah, anda boleh
melawat Tanjung Piai tanpa perlu bermalam di sini. Anda boleh memilih
untuk bermalam di salah sebuah hotel atau tempat penginapan lain yang
lebih selesa di bandar Johor Bahru.
.
.
Gunung Ledang
.
Diselubungi
legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat
penduduk tempatan dan para pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung
Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri
tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan,
dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan
iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh
mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.
.
Apabila
Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut
melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut
masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini.
Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak
hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan
dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.
.
Dari
kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras
laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh
menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya
cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga
merupakan tempat berkelah yang popular.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr5Hu-MDsMpHfRhV3V-VosNZD2OWJMrn7RWtBHipV5PXPtLBxGouNCUvYzVPhBJJqX4vMhI7MFXVYuQbWpszYoyVkxOQKAsVmcJwkyIYogoAZ-KQzyyA9CiUODc3NRzPJ0K80WbJXNzkhE/s400/DSC00043.jpg)
Di sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjylBOfKiAXS7FCpz_58_t3zPxjb5MtSrhrZLBSYa-sIJYQ3U-_kLYk7jpNgtQO9uC5LfEoOosGcSUj53mIQEtwH7ajNBa63Wt4ygyAQFaqNVz2isxBnwALlVwQ18aHoAhhW2Tjizv-FO-J/s400/285px-Gunung_Ledang_waterfall.jpg)
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.
Kelantan
Pantai Bisikan Bayu
.
Pantai
Bisikan Bayu - yang juga dikenali dengan nama Pantai Dalam Rhu -
terletak hanya 50 km ke selatan ibunegeri Kelantan, iaitu Kota Bharu.
Angin lembut bertiup di sepanjang pantai yang dipenuhi deretan pepohon
Rhu di Kampung Semarak menyebabkan pepohon ini bergerisik seolah-olah
bisikan yang menenteramkan.
.
Aktiviti meluncur papan air sesuai dijalankan pada masa-masa tertentu dan peluncur papan air boleh menemui keadaan laut dan cuaca yang sesuai sewaktu musim hujan di sini dari bulan November hingga April. Tetapi tiada apa yang lebih menenangkan dari bersantai di tepi pantai di bawah bayang pepohon Rhu yang bergerisik menikmati pemandangan laut dan air kelapa muda yang segar. Nyaman sungguh.
.
Pantai
yang indah ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan
pelancong di sepanjang tahun, tetapi anda perlu berhati-hati sewaktu
musim hujan kerana arus laut semakin bergelora dan ombak semakin tinggi
pada waktu ini. Pandu sejauh 50 km di sepanjang lebuhraya negeri di
selatan Kota Bahru hingga anda tiba ke pekan Pasir Putih yang mendapat
namanya dari warna pasir yang putih di sini. Pantai Bisikan Bayu
terletak tidak jauh dari pekan ini.
.
.
Pasar Besar Siti Khadijah
.
Cara
bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah
dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap
bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi
Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk
sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari
kaum wanita.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNN3u_xfDKP-2F8TtHumrbhZIAv0UXMsQZdrHTw5Iry1XRCCtM1S3rfq-xv2m_sgB2sbw85jLKtucLbmHMdATgnGdWau7rbloYnibRXz5G7ntTYu_vdxfFETjX926PlheSR1aDksriApaV/s400/Pasar-Besar-Siti-Khadijah-Kota-Bahru.jpg)
Terdapat
sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil
tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga
menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna,
bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ. Pelawat digalakkan
mengambil gambar di sini tetapi sekiranya anda ingin mengambil gambar
potret pastikan anda meminta kebenaran dari empunya badan terlebih
dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgss6ailbTlxqnpgDry_SRbikelV3ACvdcqaBypqoajKQPXrh-0IfFarUMe9ZrwG2QXhKOiRImcIN5RZSWrOBvYfX6En_6wiw7kX7Gg9MHJ_zrwq_hIsT5HcMxC_6N-Ulnjdm1X7NIjT2Kg/s400/431046115jDeTqG_fs.jpg)
Wednesday, 24 April 2013
Visi, Misi, Piagam dan Moto Pintar Sekolah
Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum,kokurikulum, dan sahsiah
Misi Sekolah
Memberi perkhidmatan dan pelajaran yang berkesan,
melalui jalinan kerjasama antara institusi dengan komuniti setempat dan
prasarana yang ceria dan selamat.
Piagam Sekolah
Mengutamakan sikap berdisiplin, penyayang serta
sentiasa menghormati dan bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat
sambil mempertingkatkan prestasi akademik dan keceriaan sekolah.
Moto Pintar
Promoting Intelligence Nurturing Talent Advocating Responsibility
Monday, 22 April 2013
Sejarah SK Kg Johan Setia
Sekolah
Kebangsaan Kampung Johan Setia pada asalnya sebuah sekolah rakyat
telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sekolah ini ditubuhkan sebelum
negara mencapai kemerdekaan dan ia telah diberi nama sebagai Sekolah
Kebangsaan Ladang Highlands yang dikendali dan ditadbir oleh penduduk
Ladang Hingland sendiri. Ia juga dikenali sebagai sekolah rakyat. Ia
terletak di tepi Jalan Langat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Klang.
Bahan asal bangunan ini diperbuat daripada papan, berukuran 10x14 meter.
Ia mempunyai keluasannya sebanyak ¼ ekar yang ditadbir oleh pihak
Ladang Highlands. Pada
1 Januari 1954, pentadbiran sekolah Sekolah Kebangsaan Ladang Hinghland
telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Semenjak diambil alih
oleh Kementerian Pendidikan, ia telah diterajui oleh En. Abbas Bin
Tamsir yang juga merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini. Sekolah
ini telah dinaikkan taraf hingga ke darjah enam. Penyelenggaraan
bangunan dan kawasan sekolah ini banyak dibantu oleh pihak Ladang
Highlands. Pada 4 Jun 1990, sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru
iaitu di Kampung Johan Setia dan telah dipimpin oleh Guru Besar baru,
En. Hassan Bin Ibot selama tiga tahun.Ketika dibawah kepimpinan En
Hassan Bin Ibot, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sk Kampung Johan
Setia. Keluasan sekolah ini pada ketika itu lebih kurang 40 ekar.
En.Hassan Bin Ibot telah dibantu oleh Guru Kanan En.Narayan Singh serta
dua orang guru tetap dan empat orang guru sandaran. Jumlah murid ketika
itu lebih kurang 130 orang murid. Lagu rasmi sekolah telah dicipta oleh
En. Jamaludin Bin Abd Rahim manakala lencana sekolah dicipta oleh
En.Mohd Noh Bin Abdullah.
Sunday, 21 April 2013
Pertandingan Bola Baling MSSD Klang 2013
Keputusan penuh pertandingan bola baling MSSD Klang 2013
skjs 2 vs sk sg udang 4 (L)
tiada rezeki lagi tahun ini untuk pasukan bola baling skjs apabila terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-4 kepada sk sg udang di peringkat suku akhir. Namun begitu kemengan sk sg udang ke atas skjs bukan mudah kerana skjs memberikan saingan yang sengit dengan tempo permainan yang pantas dan serangan yang bertali arus.Walaubagaimanapun permainan semalam telah membuka mata semua sekolah daerah klang bahawa skjs bukan lagi pasukan belasahan dan kita akan berusaha di masa hadapan bagi menjadi johan bola baling daerah klang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pada tahun 2008 skjs telah mara ke final namun tewas di tangan sk sg udang begitu juga pasukan perempuan pada tahun lepas berjaya mendapat tempat ketiga juga akur kepada kehebatan sk sg udang.
tahniah dan syabas kepada semua pemain bola baling skjs yang telah membawa nama sekolah ke peringkat lebih tinggi. terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang terdiri daripada cikgu Mohd Paris, cikgu norashidah,cikgu noraisah,cikgu syahruniza dan ustaz ashrofuddin yang tidak pernah kenal erti penat dalam melatih pasukan bola baling skjs.
skjs 2 vs sk sg udang 4 (L)
tiada rezeki lagi tahun ini untuk pasukan bola baling skjs apabila terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 2-4 kepada sk sg udang di peringkat suku akhir. Namun begitu kemengan sk sg udang ke atas skjs bukan mudah kerana skjs memberikan saingan yang sengit dengan tempo permainan yang pantas dan serangan yang bertali arus.Walaubagaimanapun permainan semalam telah membuka mata semua sekolah daerah klang bahawa skjs bukan lagi pasukan belasahan dan kita akan berusaha di masa hadapan bagi menjadi johan bola baling daerah klang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pada tahun 2008 skjs telah mara ke final namun tewas di tangan sk sg udang begitu juga pasukan perempuan pada tahun lepas berjaya mendapat tempat ketiga juga akur kepada kehebatan sk sg udang.
tahniah dan syabas kepada semua pemain bola baling skjs yang telah membawa nama sekolah ke peringkat lebih tinggi. terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang terdiri daripada cikgu Mohd Paris, cikgu norashidah,cikgu noraisah,cikgu syahruniza dan ustaz ashrofuddin yang tidak pernah kenal erti penat dalam melatih pasukan bola baling skjs.
Subscribe to:
Posts (Atom)